• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Cuaca Buruk Di Tiga Negeri Termasuk Terengganu Petang Ini

KUALA TERENGGANU, 28 November - Amaran hujan lebat serta ribut petir di tiga negeri melibatkan Terengganu, Kelantan Dan Perlis dijangka berlaku sehingga pukul 3 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) dalam laporannya berkata, justeru itu,  penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada ekoran cuaca buruk bagi negeri berkenaan

“Di Terengganu kawasan terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang dijangka mengalami cuaca buruk.

“Manakala di kelantan, kawasan yang terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai,” katanya.

Sementara itu,kawasan di negeri Perlis pula dijangka mengalami cuaca buruk secara keseluruhannya.