• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Cuaca Buruk, Hujan Lebat Berterusan

KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di semua kawasan di Terengganu mulai jam 2 petang hari ini sehingga 5 Disember ini.

Sementara itu menurut Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, sehingga jam 2 petang tadi, seramai 190 keluarga membabitkan 684 mangsa banjir dipindahkan ke 15 Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di lima daerah.

Katanya, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman terdapat mangsa perpindahan di beberapa PPS yang disediakan

“’Marang merekodkan mangsa banjir paling tinggi iaitu, 72 keluarga melibatkan  259 mangsa diikuti Kuala Nerus (32 keluarga, 137 mangsa); Kuala Terengganu (38 keluarga, 127 mangsa); Kemaman (33 keluarga, 113 mangsa) Dungun, (15 keluarga,  48 mangsa) dan Marang merekodkan bilangan 72 kelaurga, 259 mangsa),” katanya.

 


Tag: