• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Cuti Hari Arafah Ruang Penghayatan Kebesaran

BESUT, 9 Julai - Hari Arafah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am Negeri Terengganu sejak 2020 bagi memberi ruang kepada rakyat Terengganu untuk menghayati peristiwa besar tersebut.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat juga berpeluang untuk melakukan ibadah puasa sepertimana digalakkan dalam Islam.

“Rakyat Terengganu bertuah kerana Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan cuti umum pada Hari Arafah iaitu setiap 9 Zulhijjah. 

“Inisiatif ini bagi memberi ruang kepada rakyat untuk lebih fokus menghayatinya dengan penuh kesyukuran serta menggalakkan semua untuk berpuasa pada hari tersebut,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha.

Beliau turut berkata, Aidiladha tahun ini lebih bermakna kerana umat Islam kembali dibenarkan melaksanakan ibadat haji setelah dua tahun dikekang pandemik Covid-19. 

“Tahun 2022 menjadi tahun yang amat bermakna bagi umat Islam di Malaysia khususnya kerana kembali dapat menunaikan ibadah haji setelah dua tahun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. 

“Tentunya peluang ini amat menggembirakan kita setelah sekian lama menunggu giliran untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah,” ujarnya.


Tag: