• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

KUALA TERENGGANU, 2 November - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu menyerahkan barang kes narkotik bernilai RM5.6 juta untuk dilupuskan, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Norhalid Kimi berkata, barang kes melibatkan 4,633 kertas siasatan dari tahun 1997 hingga 2021 yang telah mendapat perintah mahkamah untuk dilupuskan itu diserahkan kepada Kualiti Alam Sdn. Bhd., sebuah syarikat berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar untuk kaedah pelupusan lebih telus dan sistematik.

"Barang kes yang dilupuskan ialah metaphetamin (pil kuda) sebanyak 7,793 gram, syabu (2,069 g), heroin (8451 g), ganja (52,988 g), ubat batuk (3027 liter), daun ketum (21,122 g), cecair ketum (102,892 liter), Nimetazepam(aramin5) sebanyak 386 g dan estacy (0.69 g).

"Jumlah keseluruhan barang kes adalah sebanyak 92849.56 gram dan 105919.41 liter melibatkan kes-kes tangkapan yang dijatuhkan hukumah di bawah Akta Dadah Berbahaya 195 dan Akta Racun 1952," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Penyerahan Barang Kes Narkotik Terengganu Tahun 2021 Bagi Program Pelupusan di ibu pejabat kontinjen Terengganu, hari ini. 

Turut hadir, Ketua JSJN Terengganu, Superintendan Tium Ming Kung dan wakil Kualiti Alam Sdn. Bhd., Omar Ali.

 

 


Tag: