• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Daging Korban Makanan Terbaik




Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 14 Ogos – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan bahawa daging haiwan yang dikorban semasa Hari Raya Aidiladha merupakan daging yang paling baik untuk dimakan.

Katanya, daging korban adalah daging yang paling baik untuk dimakan, kerana daging itu disembelih semata-mata kerana Allah SWT.

“Ada padanya barakah (berkat), mudah-mudahan Allah terima dan boleh membina jiwa yang baik, insyaAllah.

“Maka saya menggalakkan kepada semua orang yang tidak berkorban, agar dapat memperolehi daging korban. Mudah-mudahan kita dapat berkongsi kebaikan daripada daging yang disembelih kerana Allah SWT”, ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian semasa Program Korban Perdana, anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PK-NERUS),, di Lembah Takir, Kg Baru Seberang Takir, pada hari raya pertama.

Program itu merupakan program tahunan PK-NERUS dan pada tahun ini, sebanyak empat ekor lembu bersaiz biasa, dan seekor lembu bersaiz gergasi yang mencecah harga RM 9,500 seekor.

Dr Khairuddin juga berkata, pihaknya akan agihkan pada masyarakat sekitar dalam satu kilogram untuk setiap satu keluarga supaya setiap seorang dapat merasa nikmat daging korban.

“Program ini bermula pada jam 9.30 hingga 1.00 petang yang melibatkan hampir 100 orang sukarelawan dari seluruh kawasan Kuala Nerus,” katanya.



Tag: