• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Daging Korban Ubati 'Kekecewaan' Penduduk PKPD

DUNGUN, 22 Julai - Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha   sebanyak 318 paket daging korban telah diedarkan ke rumah penduduk yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti Mukim Sura,

Tiga lokaliti terbabit ialah Kampung Gong Pasir, Perumahan Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir dan Taman MAIDAM.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, usaha itu dilakukan kerana ada antara penduduk di kawasan terbabit sering terlibat dalam aktiviti korban.

Katanya, ia sedikit sebanyak mengubat 'duka' mereka kerana tidak dapat bersama mengerjakan ibadah terbabit.

"Jadi dengan kita menghantar daging-daging korban ini dapat mengubat sedikit kekecewaan mereka disamping menampung keperluan keluarga," ujarnya. 

Menurut Alias lagi, sehingga kini selain agihan daging korban, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rantau Abang turut menghantar bekalan barangan dapur dan ayam segar ke rumah di kawasan berkenaan.

"Dan kalau ada yang menghubungi pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk memohon bantuan, kita akan cuba bantu kerana kita sangat memahami permasalahan yang mereka hadapi, tidak dapat keluar bekerja untuk menyara keluarga," katanya. 


Tag: