• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Dari Rusila Ke Litar Antarabangsa Sepang

MARANG, 17 Mac - Seorang anak muda kelahiran Kampung Rusila telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan Musc-Sic Sepang Drag Battle Drag Bike Test pada 12 Mac lalu  di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur.

Bermula daripada suka-suka membaiki motosikal hanya di rumahnya di Kampung Rusila. Lama-kelamaan beliau membuka sebuah bengkel membaiki motosikal.

Beliau yang dimaksudkan ialah Abdul Hadi Haris. Hadi, 23 tahun menetap di Kampung Rusila, Marang Terengganu.

 

Baru-baru ini Abdul Hadi telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan Musc-Sic Sepang Drag Battle Drag Bike Test pada 12 Mac 2021 di Litar Antarabangsa Sepang.

Sementara itu, Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Marang, Yusuf Abdul Hadi mengadakan lawatan ke bengkel beliau di Kampung Rusila.

Sedikit sumbangan diberikan kepada anak muda ini bagi meraikan dan menghargai jasa mengharumkan nama kampung dalam Kawasan Marang.


Tag: