• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Dasar Tanah Negeri Terengganu Pelihara Hak Bumiputera

Azman Ibrahim.

Oleh : Hidayah Azlin

SETIU, 20 Februari – Dasar Tanah Negeri Terengganu memainkan peranan penting dalam menjaga dan memelihara kepentingan orang melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, dengan adanya dasar itu, tanah hak bumiputera tidak boleh dipindah milik kepada bangsa lain dengan sesuka hati.

"Pindah milik tanah ini boleh berlaku samada melalui proses jual beli, pemberian kasih sayang atau pusaka.

"Namun di Terengganu, apabila tanah tersebut dimiliki oleh orang Melayu, maka secara automatik ia akan menjadi Tanah Pegangan Melayu (Malay holder) yang tidak boleh dipindah milik kepada kaum lain," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, terdapat banyak pertanyaan yang diajukan kepadanya disebabkan kebimbangan bahawa tanah milik orang Melayu akan beransur-ansur menjadi milik bangsa lain.

"Tanah Pegangan Melayu berbeza dengan Tanah Rizab Melayu (Malay reserved). 

"Di Terengganu tak banyak tanah rizab Melayu. Yang banyaknya ialah tanah pegangan Melayu,"u 

Tambah beliau, hanya tanah berstatus pegangan bebas (free hold) sahaja yang boleh dipindah milik kepada kaum lain.


Tag: