• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Dato' Bentara Dalam Akhiri Khidmat Sebagai SUK Terengganu

Dato' Bentara Dalam meletakkan cap jari terakhir sambil disaksikan pegawai-pegawainya.
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos -  Dato’ Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK) menamatkan perkhidmatannya semalam dengan meletakkan cap jari yang terakhir pada perakam waktu di Pejabat SUK, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, pada jam 5.30 petang.

Menamatkan tempoh 36 tahun perkhidmatannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan yang hadir mengiringinya di hari terakhir sebagai penjawat awam Terengganu.


“Kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang masih kekal berjuang, berkhidmatlah penuh amanah dan jujur demi kejayaan negeri Terengganu pada masa akan datang,” katanya.

Mantan SUK itu meninggalkan Wisma Darul Iman menaiki kereta antik diiringi oleh pegawai-pegawai kerajaan ke kediamannya.

A.Rahman yang dilantik sebagai SUK pada 22 April 2018, memulakan perkhidmatan dalam pentadbiran negeri sebagai Pegawai Tadbir Negeri Tingkatan Biasa di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu pada 4 Mei 1983.

Dato' Bentara Dalam melambai sewaktu meninggalkan Wisma Darul Iman, petang semalam.



Tag: