• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

DDW, DDR Boleh Simpan Barang Lebih 30 Peratus

KUALA NERUS, 25 September -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan peruncit terpilih daerah (DDR) dan pemborong terpilih daerah (DDW) untuk menyimpan bekalan makanan dan keperluan asas melebihi 30 peratus dari jumlah dilesenkan.

Ketua Setiausahanya,  Datuk Azman Mohd Yusof berkata kebenaran itu dikeluarkan kepada 2,711 DDR dan 1,039 DDW di seluruh negara bermula Oktober ini sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.

“Langkah itu bagi memastikan tiada gangguan bekalan barangan keperluan asas sepanjang musim tengkujuh ketika banjir untuk kegunaan penduduk setempat.

"Jumlah itu akan ditambah dari masa ke semasa bergantung kepada situasi bencana berdasar perkembangan dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau program JMKM di Kampung Duyung, Seberang Takir, di sini, hari ini.

Justeru itu katanya, orang ramai tidak perlu melakukan pembelian panik kerana bekalan mencukupi dan pihak kementerian juga akan sentiasa memantau serta menyelia harga barang sepanjang musim tengkujuh