• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Dera Wanita : PDRM Saran Masyarakat Jadi Mata Dan Telinga

KUALA TERENGGANU, 15 Februari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan masyarakat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa berkenaan sebarang isu yang berlaku.

Insp D13 Siasatan Databank DNA Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kemaman, Inspector Azlizawani Adenan berkata, mereka harus melaporkan sekiranya berlaku sebarang penderaan di persekitaran.

"Buka minda dan kita dah tahu kena ambil tindakan jangan jadi walaupun kita bukan mangsa tapi  kita kena jadi mata dan telinga kepada persekitaran samada di kalangan adik beradik , jiran, satu taman dan kampung.

“Kita kena cakna dan ambil tahu sebab kita nak bantu mangsa-mangsa dari segi Inilah bukan biarkan sahaja mereka ini dengan penderitaan yang dia alami,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam program Suara Hati Wanita di Dewan Seri Amar, Kemaman, baru-baru ini.

Menurutnya, masyarakat kena ambil tindakan segera tanpa membiarkan si pelaku menganiayai si mangsa. 

“Andai kata pernah berlaku dipukul walau sekecil-kecil kecederaan perlu rasa benda itu serius dan kena buat laporan polis sekiranya melibatkan kecederaan.   

“Apa-apa pun kita kena buka minda dan kena ambil tindakan, jangan dah tahu tapi membiarkan sesuatu situasi berlaku begitu sahaja, sebab daripada benda sekecil-kecil ini yang akan membawa kepada kes yang lebih besar,” tegasnya.

Beliau menambah, terdapat banyak tempat perlindungan melibatkan jabatan-jabatan lain bukan sahaja melibatkan peguam , pihak polis dan jabatan lain yang terlibat termasuk NGO, pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kalau sebelum kejadian pun dipukul ada cara perlindungan-perindungan kita dapatkan dari JKM, boleh hubungi nombor 15999 untuk dapatkan perlindungan daripada JKM dulu.

“Dan ia akan ‘link’ dengan PDRM untuk bagi perlindungan kepada mangsa ini walaupun tiada report sebab ia banyak jenis. Tiga jenis perlindungan samada sebelum, sementara ke ataupun perlindungan biasa.

“Sebelum ada laporan polis pun kita akan dapat perlindungan. Masa kes berlangsung kita dapat perlindungan daripada pihak berwajib dan selepas pada keputusan pun ada perlindungan,” tambahnya lagi.