• 14 Mei 2024 | 6 Zulkaedah 1445

Derita Pesakit Kanser Kronik Terubat


Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT-  Derita seorang ibu yang berdepan penyakit kronik kanser payudara tahap tiga sedikit terubat apabila menerima bantuan daripada kerajaan negeri untuk menangggung perbelanjaan perubatannya itu.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh meluangkan masa menziarahi pesakit berkenaan, Nik Maa Ismail, 41, di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, di sini, hari ini.

Beliau menyerahkan cek bantuan itu sambil melihat perkembangan kesihatan Nik Maa.

Menurut Azbi, kerajaan negeri mengambil inisiatif menyediakan satu tabung untuk membantu pesakit kronik di Terengganu yang dinamakan Tabung Darul Iman bagi membela nasib mereka yang memerlukan perhatian.

"Inisitif ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pesakit dan keluarga yang terlibat.

"Kerajaan negeri juga tidak mendiskriminasi rakyat yang berbeza fahaman politik yang layak menerima bantuan ini. Semua hak rakyat dibela dan dijaga dengan sebaik mungkin bagi memastikan kehidupan rakyat lebih selesa dan sejahtera,"katanya.


Tag: