Derita Warga Emas Sakit Strok, Hilang Isteri Terubat

KUALA TERENGGANU, 24 Disember - 'Ujian tanda Allah sayang' itulah ayat yang sesuai bagi menceritakan musibah bertimpa yang dialami warga emas Fauzi Ismail, 60 tahun.

Fauzi, kehilangan isteri tersayang pada 12 Oktober lalu selepas dia disahkan sakit dam kini terlantar akibat strok. 

Sembilan tahun yang lalu, dia yang bekerja sebagai tukang kimpal besi pada ketika itu telah diserang strok kali pertama dan selepas itu pada awal tahun 2023 dia sekali lagi diserang strok sehingga menyebabkannya terlantar.

Keperitan hidupnya mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Ujar Ahmad, beliau akan cuba sedaya upaya untuk meringankan beban Fauzi.

"Untuk tahun ini agak perlahan kerana terpaksa keluar peruntukan sendiri berbanding ketika kita sebahagian daripada kerajaan.

"Namun saya tetap berusaha mencari sumber kewangan untuk membantu rakyat dalam parlimen saya," tambahnya lagi ketika menziarahi Fauzi bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung hari ini

Selain bertanya khabar, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tersebut turut menyerahkan sumbangan barang dapur dan wang belanja kepada penerima.

Dalam pada itu, anaknya, Aisyah Fauzi, 20, yang bekerja sebagai pembantu kedai bersyukur atas keprihatinan semua pihak termasuk Majlis Agama Islam dan Melayu Terengganu (MAIDAM) damn Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas bantuan bulanan yang diberikan. 

"Alhamdulillah bantuan ini sedikit sebanyak meringankan kos perbelanjaan kami sekeluarga.

"Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada YB (Ahmad Amzad) yang sudi ziarah ayah kami dan berikan bantuna hari ini," katanya.

 


Tag: