• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

D-Hati Bakal Perkasa OKU Di Terengganu

BESUT, 12 Januari - Semangat golongan kurang upaya di Terengganu untuk mengubah nasib hidup mereka sentiasa dititikberatkan kerajaan negeri melalui Dana Prihatin Terengganu-OKU (D-Hati).

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, golongan istimewa yang menceburi bidang keusahawanan akan sentiasa dibantu pihaknya melalui pembiayaan dana tersebut.

"D-Hati merupakan dana khas yang disediakan melalui dana bantuan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di bawah Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) kepada usahawan kelainan upaya bagi mengembangkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita.

Penerimaan pakej kiosk ayam gunting SUBDEPO daripada YPU

Terdahulu, beliau telah menyerahkan dua pakej bantuan kepada usahawan orang kurang upaya (OKU) semalam kepada seorang pengusaha pekak bisu telah menerima bantuan tambah nilai perniagaan dengan sumbangan pakej kiosk ayam gunting SUBDEPO.

"Satu lagi pakej bantuan berupa peti sejuk beku, kanopi, kerusi dan meja plastik pula diserahkan kepada pasangan suami isteri OKU bagi mengembangkan perniagaan mereka.

"Kita sangat kagum dengan tekad mereka untuk menceburi bidang keusahawanan, diharap dengan bantuan ini kita dapat memberi kemudahan serta meningkatkan pendapatan mereka," katanya.

Pasangan OKU menyediakan ayam gunting buat pelanggan