• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

DHPP Cegah Aitiviti Tidak Bermoral Rumah Terbengkalai

MARANG, 1 Ogos - Rumah terbengkalai di Rhu Renggeh  di sini  yang menjadi sarang bagi aktiviti tidak bermoral mendapat perhatian Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Negeri Terengganu untuk membuat aduan kepada pihak berwajib.

Seorang penduduk kaum Tionghua, Chua Geok Beng, 61 berkata, dia kerap kali menjumpai individu dan pasangan yang memecah masuk kawasan rumah tersebut.

"Rumah terbengkalai itu juga membahayakan keselamatan penduduk sekitar apabila berlaku runtuhan bahagian bangunan dan cermin ke atas bumbung rumah.

"Bahagian dapur saya juga pernah ditimpa cermin yang jatuh sebelum ini dan menyebabkan saya rugi besar kerana banyak perabot rosak kerana ketika itu, hujan lebat, " katanya.

Keadaan di dalam rumah yang ditinggalkan

Menurut Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng , Penguatkuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Marang bersama Pertubuhan Amar Makruf Nahi Mungkar Kawasan Marang (SKUAD AMAR) dan Sukarelawan Syariah kawasan Marang telah meninjau keadaan rumah tersebut.

"Aduan ini juga dibuat melalui, Pegawai Khas (Hal-Ehwal Bukan Islam), Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan dan Ketua Pemuda DHPP Negeri Terengganu, Alex Chan Foo Yew, yang sama-sama komited mengambil tanggungjawab pencegahan secara bersama.

"Dari hasil tinjauan, rumah tinggal itu kelihatan seperti tidak berpenghuni dari luar. Namun, apabila melihat daripada keadaan dan suasana di dalam rumah, jelas menunjukkan menjadi sarang bagi aktiviti tidak bermoral dan mungkin pernah menjadi tempat tinggal sebuah keluarga termasuk anak kecil.

"Siasatan dibuat selepas menerima aduan daripada seorang penduduk kaum tionghua yang kerap beberapa kali menjumpai individu dan pasangan yang memecah masuk ke rumah tersebut sebelum ini.

Tinjauan bersama Pihak Berkuasa Tempatan

"Disamping itu, tinjauan telah dibuat bersama Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengenal pasti status bangunan itu yang dikatakan terbengkalai lebih dari lima tahun.

"Terima kasih diucapkan kepada penduduk setempat walaupun majoritinya berbangsa cina, namun mempunyai kesedaran yang tinggi berkaitan aktviti tidak bermoral.

"Sama-sama kita jadi masyarakat yang perihatin dalam mencegah aktiviti tidak bermoral tanpa mengira bangsa dan agama sesuai dengan slogan Terengganu Maju Berkat Sejahtera," tambahnya lagi.


Tag: