lightning-solid
Berita :
Didik Wanita Ketahui Hak Hingga Akar Umbi
Didik Wanita Ketahui Hak Hingga Akar Umbi
Mastura Jamal Din
13 Feb 22
430

KEMAMAN, 13 Februari - Urus Setia Wanita (USWA) Terengganu disarankan untuk mempergiatkan program Suara Hati Wanita ke peringkat akar umbi bagi memastikan wanita lebih peka terhadap isu-isu keganasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor, berkata golongan ini perlu tahu hak undang-undang mereka dan diperkasa untuk mengambil tindakan jika mereka menjadi mangsa.

"Jika kita lihat isu keganasan rumah tangga banyak berlaku di kawasan pendalaman terutama yang melibatkan masalah dadah.

"Dalam masa yang sama, kita perlu kerjasama yang kuat daripada  JPKK  kerana mereka lebih tahu masalah yang melanda masyarakat disekitar mereka," ujarnya.

Zuraida berkata demikian ketika merasmikan Program Suara Hati Wanita 2022 di Dewan Seri Amar, di sini hari ini.

Justeru itu katanya, sehingga kini dengan kerjasama pelbagai pihak, banyak agenda wanita diperkasakan dan diperjuangkan bagi menjaga kepentingan mereka.

"Suka untuk saya tegaskan bahawa setiap lelaki dan wanita mesti tahu apakah tanggungjawab masing-masing.

"Adalah lebih baik menunaikan hak dan tanggungjawab yang diamanahkan daripada menuntut hak daripada orang lain," katanya.

 


Artikel Berkaitan