• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Dr Alias Hulur Bantuan Segera Kepada Mangsa Kebakaran

Oleh : Syahida Mohd

KUALA NERUS, 8 November - Nasib dua keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, dekat sini, semalam mendapat perhatian segera Dato’ Dr Alias Razak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu berkata, keluarga berkenaan ditempatkan sementara di rumah inap.

Katanya, keperluan harian turut diberikan kepada keluarga mangsa.

“Bantuan segera kami berikan kepada keluarga mangsa. Rumah inap sementara, bekalan makan minum dan sedikit sumbangan peribadi untuk meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau yang juga calon PN (PAS) Kuala Nerus berkata demikian selepas melawat tapak kebakaran semalam.

Terdahulu, Dr Alias turut memuji tindakan pihak bomba atas tindakan pantas memadam kebakaran daripada merebak dan bertambah teruk.

“Syabas pihak bomba atas tindakan pantas dan terima kasih juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atas sumbangan toto dan barangan dapur. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan mangsa sekeluarga,” jelasnya.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang semalam, dua buah rumah dihuni oleh tiga beranak musnah dijilat api.

Selain itu, sebuah lagi dijadikan tempat penyimpanan stok makanan kucing turut terjejas.

Dr Alias yang ketika itu berada dalam program penyerahan bantuan OKU, Ibu Tunggal dan pencen rakyat di DUN Tepoh bergegas meninggalkan program bagi membantu mangsa kebakaran.


Tag: