• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Dr Fauziah Dianugerah Tokoh NGO Wanita


Perdana Menteri menyampaikan anugerah kepada Dr Fauziah pada Majlis Perdana Ulama Umara dan NGO Islam Bersama Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini. Foto oleh Harish Fadzilah Abu Kasim

Anak jati Terengganu, Timbalan Presiden Aqsa Syarif, Dr Fauziah Mohd Hassan menerima pengiktirafan apabila diumumkan Tokoh NGO Wanita pada Majlis Perdana Ulama-Umara dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Bersama Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, usaha aktivis dan doktor perubatan negara yang mengikuti misi 'Women's Boat To Gaza' itu, pernah mendapat pengiktirafan Kerajaan Terengganu yang menganugerahkan beliau Tokoh Serikandi Khaulah Al-Azwar pada 23 Oktober lalu.


Di majlis itu juga Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dinobatkan Tokoh Ulama Sepanjang Zaman.

Manakala Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad menerima anugerah Tokoh NGO Lelaki.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa diumumkan Tokoh NGO Belia.


Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyampaikan piala, sijil dan tajaan menunaikan umrah kepada semua tokoh terbabit.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Hadir sama, Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah.


Tag: