• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Dr. Khairuddin Agih 600 Bungkus Bubur Asyura

KUALA NERUS, 30 Ogos - Sebanyak 600 bungkusan bubur asyura telah diagihkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus, baru-baru ini.

Ahli Parlimennya, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program tersebut merupakan salah satu cara merapatkan lagi hubungan sesama masyarakat setempat.

"Walaupun sekarang ini kita berdepan dengan krisis air, namun aktiviti ini kita tetap teruskan kerana ia salah satu aktiviti tahunan yang kita jalankan.

"Sudah tentu agihan bubur asyura tersebut bertujuan meraikan Hari Asyura di samping mengeratkan silaturahim dengan masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita. 

Dalam masa yang sama, Dr Khairuddin turut berkesempatan bersama Ustaz Ridzuan Hashim, ADUN Buluh Gading, mengedarkan bubur asyura di Kg Tanjung Sabtu anjuran JPKK tersebut.

"Semoga dengan agihan bubur asyura ini, penduduk dapat menikmatinya di samping dapat merapatkan lagi ukhuwah kejiranan antara kita," jelasnya.


Tag: