• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Dr Sam Mula Tugas Menteri Besar Terengganu

KUALA TERENGGANU, 16 Ogos - Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kembali memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Terengganu.

Ahmad Samsuri tiba di Bangunan Wisma Darul Iman pada jam 8.45 pagi tadi dan mengetip kad perakam waktu pada jam 9.07 pagi.

Beliau sempat meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan pejabat Menteri Besar sebelum memulakan tugas.

Ahmad Samsuri mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu ke-15 di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada selasa lalu.

Sultan Mizan berkenan melantik Ahmad Samsuri sebagai menteri besar selepas beliau mendapat kepercayaan keseluruhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS) berjaya mempertahankan kerusi Dun Rhu Rendang apabila memperoleh majoriti 17,286. 

Ahmad Samsuri memperoleh 20,927 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman yang memungut 3,641 undi.

 

 

 

 


Tag: