• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

KUALA TERENGGANU, 11 Ogos – Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar perlu dikekalkan untuk mentadbir negeri ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak berkata beliau merupakan teknokrat yang profesional dan berkualiti, jadi tiada sebab untuk menukar kepimpinan kerajaan negeri.

“Dr Sam juga seorang yang tenang, tak gopoh dan tak bergaduh dengan sesiapa.

“Ini sangat penting untuk menjamin kestabilan dan keberkesanan pentadbiran Kerajaan Negeri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Isu Semasa bertempat di Pusat Media PAS Terengganu, Lot 9k Plaza Padang Negara Terengganu di sini hari ini.

Tambah Dr Alias, Kerajaan Negeri telah menggariskan hala tuju jangka panjang yang jelas sehingga ke tahun 2030.

“Pelbagai program/projek telah direncanakan untuk merealisasikan negeri ini sebagai negeri yang “Maju, Berkat, Sejahtera”.

“Kerajaan Negeri memberikan komitmen yang penuh untuk melaksanakan dan menjayakan kesemua manifesto dan tawaran pilihan raya.

“Ini menunjukkan sikap amanah yang tinggi dengan janji yang telah dibuat.

“Kerajaan Negeri dibarisi oleh para pemimpin yang bersih, bebas rasuah dan salah guna kuasa.

“Sehinggi kini tiada seorang pun yang didakwa atau disabitkan dengan apa-apa salah laku,” ujarnya.


Tag: