• 27 Jul 2021 | 17 Zulhijah 1442

Dr Zulkifli Positif COVID-19, Mohon Doa Semua


KUALA LUMPUR, 5 Oktober - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini sedang menjalani rawatan.

Beliau bagaimanapun berkata, kesihatannya berada dalam keadaan baik ketika ini.

“Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan segera.

“Saya berdoa semoga Allah sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya

Dr Zulkifli turut memohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan dirinya, namun menegaskan program yang diatur akan tetap diteruskan pihaknya.

“Insya-Allah, bantuan Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi agama bawah saya.

“Program Musa’adah Covid-19 yang diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia. Masih ramai memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh getir ini,” katanya.


Tag: