• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Dua Anak Syarikat PMINT Serah Zakat Perniagaan


KUALA TERENGGANU, 29 Ogos - Dua anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menyerahkan zakat perniagaan kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini.

Syarikat itu melibatkan Pmint Urus Sdn Bhd yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM5,133.23 dan Permint Granite Sdn Bhd pula berjumlah RM205,642.18.

Penyerahan replika cek zakat tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Permint Granite, Che Ghani Che Ambak dan Ahli Lembaga Pengarah Pmint Urus merangkap Ketua Pegawai Operasi PMINT, Wan Adnan Wan Derahman.


Zakat perniagaan yang diserahkan anak-anak syarikat itu selepas mengambil kira keuntungan daripada hasil perniagaan sepanjang 2018.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Samiun Salleh.



Tag: