• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Dua Bot Nelayan Asing Ditahan, RM 2 Juta Hasil Laut Dirampas


KUALA TERENGGANU, 3 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan dua buah bot nelayan bersama-sama 23 awak-awak Vietnam termasuk tekong yang menceroboh dan menangkap ikan secara haram di perairan negeri ini, semalam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata,  kedua-dua bot tersebut ditahan di dua lokasi berbeza iaitu pada jarak 107 dan 105 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Menurut beliau, mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 50 tahun kerana tidak memiliki sebarang dokumen yang sah dan disyaki bot nelayan asing yang menggunakan nombor pendaftaran tempatan.



‘Kedua-dua bot tersebut berjaya ditahan oleh Kapal Maritim KM Segantang dan Bot Maritim  Negeri Terengganu yang sedang melakukan rondaan OP Naga Barat dan OP Iman.

“Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM2 juta termasuk hasil tangkapan laut, minyak diesel, bot dan peralatan menangkap ikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di jeti Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.



Katanya, kedua-dua bot berkenaan telah dibawa ke jeti Ibu Pejabat APMM, Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen kerana awak-awak tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.



Tag: