• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Dua Calon PAS Selesai Buang Undi Sekolah Sama

KUALA NERUS,12 Ogos - Dua calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) N11 Seberang Takir, Khazan Che Mat dan N08 Batu Bakit, Mohd Shafizi Ismail tiba di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka, kira-kira jam 8.15 pagi tadi bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi.

Khazan yang ditemui pemberita selepas selesai membuang undi berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya setakat ini.

“Alhamdulillah semuanya berjalan baik, proses demokrasi berjalan lancar dan tiada sebarang bentuk provokasi dilakukan.

“Saya lihat ramai turun awal untuk mengundi, cuaca juga baik dan harapnya semua pengundi akan keluar mengundi,” jelasnya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir N11 menyaksikan pertembungan dua penjuru antara parti PAS, Khazan Che Mat dengan calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Razif Abdul Rahman.

Manakala, DUN Batu Rakit N08 juga menerusi pertemuan dua penjuru antara calon PAS, Mohd Shafizi Ismail dengan calon Barisan Nasional (BN), Bazlan Abd Rahman.