• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Dua Keluarga Terharu Terima Sumbangan Barangan Elektrik

DUNGUN, 27 September- “Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sura Gate, dan semua pihak yang membantu kami. Saya akan guna dan jaga barangan ini dengan sebaik mungkin,” kata Ahmad Fauzi Abd Halim, 32, yang menerima sumbangan di Kampung Sura Gate, baru-baru ini.

Sumbangan barangan eletrik dan keperluan rumah itu adalah pemberian Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura dan disampaikan sendiri oleh ADUN berkenaan, Wan Hapandi Wan Nik.

Ahmad Fauzi berkata, dia tidak menjangka dan begitu gembira apabila terpilih untuk menerima sumbangan tersebut yang dianggap terlalu bermakna.

Seorang lagi penerima, Rohaini Awang, 59, begitu terharu atas sumbangan itu kerana ia membantunya menyelesaikan masalah untuk menyimpan barangan basah.

“Kami terharu dan sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat apabila tahu akan mendapat peti sejuk. 

Kalau dulu kami tiada peti sejuk, sekarang bila dah ada, barang basah dapat disimpan lebih lama,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Hapandi berkata, masalah yang dihadapi oleh setiap ahli qaryah akan cuba diselesaikan dengan sebaik mungkin. 

“Kita sudah dapat maklumat berkaitan mereka yang memerlukan sumbangan seperti barang eletrik, tilam, almari dan lain-lain lagi. Kita akan turun ke setiap kampung untuk menyampaikan bantuan tersebut” katanya. 

“Saya berharap dengan sumbangan ini akan meringankan beban atau urusan keluarga serta memudahkan kerja harian mereka,” ujarnya. 


Tag: