• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

BESUT, 3 Disember - Dua Pusat Perpindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut hari ini.

Hujan lebat yang berterusan sejak semalam menyebabkan air naik dengan mendadak. 

Dua PPS yang dibuka ialah bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu dan Balairaya Kampung Lay Out Tok Has telah menempatkan lima buah keluarga. 

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Air Terjun menasihati supaya penduduk sentiasa berjaga-jaga. 

“Saya berharap penduduk yang tinggal di kawasan rendah patuh dengan arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Insya-Allah kita sentiasa berdoa agar musibah ini tidak teruk”, ujar beliau. 

 


Tag: