• 24 Nov 2020 | 8 Rabiul Akhir 1442

DUAT Dekati Masyarakat Melalui Street Dakwah

BESUT, 5 Oktober - Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) mendekati masyarakat melalui program street dakwah.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Mat Daik Mohamad berkata, program seperti itu perlu diadakan dari semasa ke semasa untuk memberi manfaat kepada semua.

"Dalam mengembangkan ilmu agama bukan sahaja di masjid tetapi di tempat awam, seperti pasar malam dan sebagainya boleh di dilakukan.

"Untuk berdakwah, kita perlu mendekati mereka yang bermasalah, bukannya menunggu mereka mencari kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika Program Street Dakwah Bersama Daie bertemakan "Dadah Pembunuh Kebahagiaan "di tapak Pasar malam Kampung Pasir Akar,kelmarin.

Turut hadir, Penyelaras Parlimen Besut Dr Ridwan Mohd Nor selaku Daie.


Tag: