• 05 Mac 2021 | 21 Rejab 1442

DUAT Edar Risalah Sempena Maulidur Rasul

KEMAMAN, 28 Oktober - Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) menganjurkan program "Walk With Daie Venture" sempena Sambutan Maulidur Rasul dengan turun mendekati masyarakat dan mengedarkan risalah selawat yang berlangsung di Pasar Malam, Dataran Haji Hanafiah Mat, Kampung Paya Berenjut, semalam.

Penyelia DUAT Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas kejayaan penganjuran program tersebut.

"Kami mengharapkan risalah yang disampaikan kepada masyarakat hari ini dapat memberi manfaat sebaiknya. Insya-Allah kita akan bertemu lagi dalam program-program yang akan datang," ujarnya.

Program tersebut turut berlanjutan sehingga ke malam dengan diadakan Kuliah Maghrib Khas disampaikan oleh penceramah bebas, Mohd Nakhaie Nafiah di Masjid Kampung Paya Berenjut.

"Terima kasih diucapkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat, kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai, Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Paya Berenjut, sukarelawan-sukarelawan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini," katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

 

 


Tag: