• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

'Dulu Enggan, Kini Mahu Divaksin' - Dr Nor Azimi

KUALA TERENGGANU, 23 Jun - Sikap rakyat Terengganu termasuk yang tinggal di kawasan pendalaman terhadap suntika vaksin sudah berubah, dahulunya enggan, kini ramai ingin divaksin.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, malah sekarang ada antara mereka mendesak dan meminta supaya dipercepatkan proses untuk disuntik vaksin.

Katanya, keadaan berubah kerana mereka sudah sedar mengenai kepentingan vaksin, selain mahu kembali hidup normal.

"Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengakui ada sebilangan besar yang sudah lama mendaftar melalui aplikasi Mysejahtera masih belum dipanggil.

"Keadaan itu berlaku disebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mendahului golongan yang lebih berisiko termasuk barisan hadapan, warga emas dan Orang Kurang Upaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara atas talian melalui TV Darul Iman, hari ini.

Menurutnya, JKNT yakin proses vaksinasi lebih pantas pada Julai nanti kerana Terengganu akan menerima 200,000 dos tambahan vaksin.

"Pihak kami yakin  dengan penerimaan dos tambahan itu, hampir 12,000 penduduk boleh memdapatkan suntikan dalam tempoh sehari, "katanya


Tag: