• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

'Dulu Mohon Tapi Tak Lulus'

SETIU, 8 Ogos - “Sebelum ini dah banyak kali mohon tetapi tak dapat hasil (tidak diluluskan) sebagaimana yang diberi kerajaan hari ini,” ujar Afifzullah Abdul Ghaffar yang terharu selepas penantian untuk memiliki tanah bakal berakhir.

Ujar pekerja ladang kelapa sawit itu, tanah diterimanya akan didirikan sebuah rumah bagi dijadikan tempat berteduh keluarga.

“Alhamdulillah, hari ini berjaya, mohon kerajaan baru dan dapat borang 5A, kerajaan dulu banyak kali dah mohon tetapi tidak dapat hasil.

"Harap kerajaan yang ada hari ini dapat meneruskan aktiviti program seperti ini kerana ia cukup bermakna kepada rakyat Terengganu,” kata generasi kedua Felda Selasih itu.

Afifzullah berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman pada Majlis Penyerahan Jadual 5A kepada 113 anak peneroka Felda Selasih baru-baru ini.

Bagi Mustafa Yusof, 68, dia terharu dengan usaha keras kerajaan negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim yang berjaya menyelesaikan isu pemilikan tanah generasi kedua felda.

“Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Azman kerana berusaha sedaya sehingga anak peneroka dapat tanah, ia satu perkara yang baik untuk anak-anak peneroka.

“Ini membuatkan generasi kedua Felda Selasih sangat gembira setelah dapat apa yang ditunggu lama sudah boleh dilihat hasilnya.

“Dah 33 tahun tinggal Felda Selasih, kerajaan baru berusaha dan berjaya untuk dapatkan tanah, kerajaan terdahulu janji tapi tak berjaya,” katanya.

Sementara itu, Ismail Jusoh, 68, berkata, tanah yang bakal menjadi hak miliknya itu akan diusahakan sebagai kawasan pertanian.

“Selepas dapat tanah hasil daripada kerajaan baru dan saya akan saya usahakan untuk menjana pendapatan.

“Saya duduk kampung Pasir Tawar, hari ini ambil Borang 5A dan berasa amat gembira setelah tinggal di sini selama lapan tahun,” jelasnya.

Menurut Dr Azman, penyerahan borang jadual 5A merupakan fasa akhir bagi generasi kedua untuk menjadi tanah itu milik mereka.

“Proses panjang dan sukar kita lalui, alhamdulillah akhirnya hasrat warga generasi kedua Felda selasih untuk ada tanah sendiri berjaya direalisasikan.

“Selesai daripada agihan jadual jadual 5A, penerima perlu selesaikan bayaran premium tanah dan geran hak milik tanah akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.


Tag: