• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

 

MARANG, 29 Ogos - Durian di Kampung Sungai Serai menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong dari luar negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu Ariffin Deraman berkata, ia berikutan 'raja buah' di kawasan terbabit mempunyai keenakkan yang tersendiri berbanding kawasan lain.

"Durian di sini adalah antara durian yang terbaik di Negeri Terengganu. Sehingga sekarang orang ramai tidak pernah putus untuk mendapatkan durian dari kampung ini.

"Rasa durian yang unik dengan rasa manis serta tekstur yang lembut memang tidak dapat dikalahkan dengan durian di tempat lain lain membuatkan pencinta durian ingin terus menikmatinya," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di dalam program Makan Durian 2020 di Puncak Bukit Sungai Serai kelmarin sempena sambutan Hari Kebangsaan kali ke-63 yang bakal disambut Isnin ini.

Turut hadir sama dalam program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong serta Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Tambahnya lagi, beliau bercadang untuk menjadikan tempat itu sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik untuk kawasan Marang dan negeri.

Dalam program yang dianjurkan oleh MPKK Sungai Serai, Pejabat Dun Pengkalan Berangan dan Pejabat Daerah Marang itu, penduduk turut menyediakan hidangan sampingan berasaskan durian antaranya pulut durian, serawa durian dan bubur durian.

Sebanyak 20 kilogram beras pulut serta 10 kilogram santan digunakan untuk menyediakan hidangan sampingan berkenaan untuk dijamu kepada pengunjung.


Tag: