• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Edar Bubur Lambuk Rapatkan Ukhwah

Oleh: Amiruddin Zamri

DUNGUN, 25 April - Setiap kali menjelang Ramadan pelbagai pihak akan menjadikan program edaran bubur lambuk sebagai amalan tradisi yang diyakini mampu mengeratkan hubungan masyarakat setempat.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, komuniti di sini juga turut mengadakan program sedemikian secara gotong-royong.

"Kami adakan edaran bubur lambuk secara gotong-royong melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan penduduk setempat.

"Aplikasi kaedah agihan adalah secara pandu lalu, namun ia mengikut kesesuaian di mana setiap JPKK akan mengagihkannya di kawasan tumpuan yang berlainan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Agihan Bubur Lambuk Perdana di Surau Seren di sini semalam.

Program yang diadakan itu melibatkan JPKK Bukit Besi, Besol dan Perumahan Bukit Besi.

"Kita adakan program ini mengikut giliran mukim, insya-Allah semoga ia akan menjadi antara program yang dapat mengembirakan semua pihak dalam menghayati Ramadan pada kali ini.

"Di samping program-program yang kita adakan sepanjang Ramadan ini insya Allah," ujar Ghazali.

 


Tag: