• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Edar Jalur Gemilang Semarak Semangat Kemerdekaan

Tengku Hassan Tengku Omar.

KUALA TERENGGANU, 27 Ogos - Berbaki empat hari sebelum seluruh negara menyambut Hari Kemerdekaan ke-62, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang mengedarkan Jalur Gemilang di
 Pasar Besar Bukit Besar hari ini.

ADUN Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, inisiatif berkenaan bertujuan menyemarakkan sambutan hari kebangsaan tahun ini selain menyuburkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

Jelasnya, kempen yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pukul 11.00 tengah hari itu mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat.

“Kita bahagikan bendera-bendera ini kepada semua peniaga di pasar ini dan juga 
kepada pengguna jalan raya di sekitar lokasi program ini.

“Alhamdulillah sokongan baik daripada semua pihak berjaya memeriahkan program ini duntuk kita sama-sama merayakan sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu ini,” ujarnya ketika berucap dalam program berkenaan di sini hari ini.

Dalam program berkenaan juga, sebanyak 21 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menerima bendera Malaysia untuk diagihkan kepada penduduk kampung masing-masing.




Tag: