• 20 Mei 2024 | 12 Zulkaedah 1445

EKPO TERENGGANU 2018 : Kupon Chicken Cottage Sah Sehingga Tiga Bulan

Pengunjung dan petugas di Ekspo Terengganu 2018 menunjukkan kopun Chicken Cottage yang boleh digunakan sehingga Mei ini. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail


Kupon Chicken Cottage yang diagihkan kepada pengunjung Ekspo Terengganu 2018 sah untuk digunakan sehingga Mei ini.

Menteri Besar,  Dato’ Seri Ahmad Razif mengumumkan perkara berkenaan ketika berucap merasmikan food truck Chicken Cottage dan T-Kitchen di Ekspo Terengganu 2018, baru-baru ini.


“Dengan ini, saya sukacitanya mengumumkan bahawa kupon Chicken Cottage bernilai RM10 yang diagihkan kepada pengunjung Ekspo Terengganu sah diguna pakai sehingga tiga bulan dan bukannya sepanjang tujuh hari berlangsungnya ekspo ini.

“Jadi, orang ramai bukan sahaja boleh menebus kupon tersebut di ekspo, malah boleh menebusnya di cawangan Chicken Cottage di Ladang, Kuala Terengganu dan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dalam tempoh tiga bulan ini,” katanya.


Ahmad Razif turut mengumumkan bahawa kupon tersebut turut boleh ditebus di mana-mana food truck yang berdaftar sepanjang ekspo berlangsung dan tidak terhad kepada food truck Chicken Cottage dan T-Kitchen semata-mata.

Tag: