• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

EKSPO TERENGGANU 2018: 205,000 Pengunjung Sehingga Hari Keempat


Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus mencatatkan lebih 205,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjurannya.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Ekspo Terengganu 2018, Dato’ Tengku Putera
Tengku Awang berkata untuk hari keempat sahaja seramai 55,000 pengunjung telah direkodkan membanjiri tapak ekspo tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri berkata, 150,000 pengunjung telah membanjiri ekspo pada tiga hari
pertama.

Hari keempat penganjuran Ekspo Terengganu 2018 yang diadakan di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri di sini telah merekodkan
seramai 55,000 pengunjung.

“Sekiranya kehadiran pengunjung bertali arus terus kekal meskipun pada hari
bekerja, ia dijangka mengatasi sasaran awal 400,000 orang bagi tempoh tujuh hari
ekspo ini diadakan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, kehadiran pengunjung yang ramai jelas menunjukkan ekspo ini
mendapat sambutan meriah dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Ekspo Terengganu 2018 menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengunjung antaranya sebuah rumah, satu lot tanah perumahan, kereta dan pelbagai lagi.

Tag: