• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

EKSPO TERENGGANU 2018 : Indikator Kemenangan BN Terengganu

  

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  yakin dan positif  kemampuan Barisan Nasional (BN) untuk terus mengekalkan  kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Katanya, keyakinan itu bersandarkan kepada satistik yang telah diperlihatkan menerusi beberapa kaji selidik yang dijalankan oleh semua termasuk jentera parti.

"Malah kami amat yakin dengan kesiapsiagaan jentera dari akar umbi peringkat DUN, Parlimen dan juga Negeri.


"Keyakinan ini bertambah apabila melihat komitmen yang  luar biasa telah saya perhatikan bukan sahaja semangat kepimpinan sepasukanyang dibawa YAB Menteri Besar Terengganu, namun saya lihat Setiausaha Kerajaan Negeri bersama pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan  jalinan  rangkaian kerjasama yang cukup erat  dan ini amat penting kerana rakyat harus didahulukan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melancarkan Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Besar, Dato’ seri Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong  dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi wan Ismail 

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat dan terbukti menerusi penganjuran ekspo berkenaan yang memaparkan 144 inisiatif  merangkumi pencapaian Kerajaan Negeri Terengganu, malah juga memperlihatkan pelbagai kejayaan rakyat Terengganu sendiri dalam semua bidang.

Tambahnya, kejayaaan ini akan dapat dilipatgandakan jika BN terus mendapat mandat pada PRU14 ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pemilihan calon BN adalah bersandarkan kepada metodologi dan ujikaji terutama mengutamakan kriteria peribadi individu yang disenangi pengundi, daya kemenangan calon, selain daya masa depan yang mampu menjaga kepentingan pengundi yang diwakilinya serta mampu mewujudkan rasa kekitaan di kalangan wakil rakyat yang ada akan diketengahkan di peringkat negeri juga Pusat.




Tag: