• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

EKSPO TERENGGANU 2018: Kerajaan BN Mampu Tangani Masalah Rakyat

Mohd Najib menyampaikan replika elaun guru Kafa. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim. 


Rakyat di negara ini sewajarnya sedar hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu menangani pelbagai isu berkaitan kepentingan rakyat.

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, komitmen serta keperihatinan kerajaan sejak dahulu lagi sentiasa meletakkan keperluan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dan itulah kelebihan yang dimiliki BN dan tidak ada pada pembangkang.

Jelas beliau, parti pembangkang hanya melakukan perkara yang mempunyai kepentingan politik semata – mata sedangkan soal rakyat diabaikan sehingga membebankan mereka.


Najib yang juga Presiden UMNO, pembangkang lebih gemar menabur fitnah dan berita palsu dengan tujuan mencetuskan kemarahan serta kebencian rakyat terhadap kerajaan.

"Berbeza dengan pembangkang yang sering menimbulkan isu, kebanyakannya fitnah dan berita palsu yang bertujuan menimbulkan api kemarahan rakyat. Mereka (pembangkang) tidak beri alternatif yang boleh membina dan tak mampu selesaikan (pelbagai isu rakyat).

"Lain dengsn BN yang seperti berkaitan isu kos sara hidup, jadi penyelesaiannya?. Jawapannya di Ekspo Terengganu. Di sini ada jualan sentuhan rakyat yang menyediakan barangan basah harga jauh lebih murah seperti daging, ikan, minyak masak dan sebagainya," katanya.

Perdana Menteri menyatakan perkara itu ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Ekspo Terengganu 2018 yang dihadiri kira-kira 50,000 pengunjung di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.

Ekspo yang bermula 25 Mac lalu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dikunjungi hampir 500,000 orang selepas hampir seminggu berlangsung.

Tag: