• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

EKSPO TERENGGANU 2018 : PM Naik Bas Elektrik


Perdana Menteri diiringi Menteri Besar melambai kepada orang ramai sebaik bertolak dari Hotel TH menunju ke Ekspo Terengganu 2018 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, pagi ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menaiki bas elektrik, MyBas MARA Liner daripada Hotel TH, Gong Badak ke tapak Jualan Sentuhan Rakyat, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

Beliau yang tiba semalam dalam lawatan rasmi ke Terengganu sempena Majlis Perasmian Penutupan Ekspo Terengganu 2018, diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, barisan exco kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan ngeri.

Mohd Najib yang tiba pada 10.30 di tapak jualan meninjau di kawasan itu kira-kira 20 minit sebelum meneruskan lawatan ke dalam pavilion Pameran Ekspo Terengganu 2018

Sejurus lawatan itu beliau dijadualkan akan ke pentas utama, untuk majlis perasmian penutup, kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Bas yang dinaiki Perdana Menteri bersama rombongan adalah kenderaan awam di bawah program myBAS Kuala Terengganu yang melibatkan keseluruhan 30 bas, namun sebagai permulaan sebanyak 11 bas akan disediakan termasuk empat bas elektrik.
Terengganu menjadi negeri pertama yang menggunakan MyBaS elektrik menerusi skim Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).

Tag: