• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

EKSPO TERENGGANU 2018 : Snorky Cream Mula Dapat Sambutan


Fahimuddin menunjukkan produk Snorky Cream yang turut dijual sempena Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim
Oleh : Mohd Irsyadi Abu Bakar 

Sebanyak 100 unit produk merawat dengkur, Snorky Cream,berjaya dijual di Ekspo Terengganu 2018, Kuala Nerus, sepanjang tujuh hari ini.

Pengusaha produk berkenaan, Mohd Fahimuddin Ibrahim, 33 tahun berkata, ubat bagi merawat dengkur itu sudah bertapak dalam industri sejak 2015.

"Ini merupakan produk tempatan hasil kajian sahabat dan juga pemilik bersama, Nasiruddin Abdul Rahman, 33,  berasaskan herba- herba tempatan," katanya.

Anak kelahiran Kuala Terengganu ini memaklumkan sewaktu memulakan perniagaan, perusahaannya  kurang mendapat sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

"Ini kerana sentimen masyarakat yang menganggap berdengkur adalah normal. Seawal berniaga juga kami tidak mendapat sambutan.

"Namun, kini kami boleh berpuas hati apabila jualan sudah mencecah 30,000 unit di pasaran menerusi atas talian,"katanya.
Snorky Cream pernah mewakili Terengganu dalam Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Ayer Keroh, Melaka atas tajaan kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

Perniagaan itu juga berkerjasama dengan Terengganu Fm untuk memperkenalkan produk di ekspo pada kali ini.

"YPU sangat banyak membantu pemasaran produk produk tempatan seperti kami.

"Kami berharap akan lebih banyak agensi dapat membantu kami memberi pendedahan tentang bahaya dengkur sekaligus mengangkat produk anak Terengganu ini ke peringkat lebih tinggi," katanya.



Tag: