• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

EKSPO TERENGGANU 2018 : Tuah Masitah Malam Keempat


Seorang wanita menjadi pengunjung bertuah pada malam keempat, malam tadi, apabila memenangi hadiah utama cabutan bertuah harian sempena Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

Dengan kemenangan itu, Masitah Mat Ail, 33, berjaya membawa pulang sebuah motosikal jenis Yamaha.

Bagaimanapun, Masitah tidak hadir ketika pengumuman berkenaan dan dia akan dihubungi semula oleh pihak sekretariat bagi proses menuntut hadiah.

Keputusan cabutan bertuah berkenaan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.

Selain motosikal, cabutan bertuah harian turut menyediakan pelbagai hadiah menarik yang lain seperti telefon pintar, barangan elektrik dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan keputusan penuh cabutan bertuah, sila tonton video di bawah.

 
-Terengganunews

Tag: