• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Elak Jadi Mangsa Penipuan Aktiviti Perniagaan Dalam Talian - Jailani



Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM) menasihatkan kepada orang ramai khususnya pembeli supaya lebih berhati-hati dalam urus niaga atas talian bagi menggelakkan mereka menjadi mangsa penipuan aktiviti perniagaan pihak tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, pembeli perlu berwaspada ketika melakukan sebarang bentuk urus niaga atas talian dan jangan mudah mempercayainya tanpa usul periksa.

"Jika merasa curiga dengan urus niaga berkenaan,laporkan segera kepada
pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan penguatkuasaan.

"Jangan buat pembelian daripada orang yang tidak boleh dipercayai dan juga jangan mudah percaya serta lakukan bayaran untuk sebarang iklaneka yang ditemui di mana-mana platform," kata Jailani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Pengajian Tahseen Al-Quran Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang hari ini.

Jailani turut berkata jika orang ramai ingin berurus niaga atas talian,mereka perlu membuat semakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti kesahihan status perniagaan bagi menggelakkan menjadi mangsa penipuan mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Pastikan peniaga atas talian ini berdaftar telah berdaftar terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kalau rasa di tipu,pembeli boleh buat laporan kepada pihak berkuasa dan ini memudahkan polis, KPDNKK untuk melakukan siasatan jika berlakunya sebarang kes penipuan.

" SKMM sedia membantu mereka dari segi teknikal. Jadi, jika ada yang rasa terpedaya jangan malu untuk tampil buat laporan," jelasnya.

Semalam, beliau mendedahkan sejak Januari 2016 hingga bulan lalu,SKMM menyekat 1,990 laman web yang menipu pelanggan.


Tag: