• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Empat Kluster Baharu Muncul Di Terengganu Dalam 48 Jam

KUALA TERENGGANU, 13 Julai – Empat kluster baharu direkodkan di Terengganu dalam tempoh dua hari iaitu pada semalam dan hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam satu kenyataan memaklumkan, Kluster Pulau Serai dan Kluster Gajah Mati Bukit Besi merupakan kluster baharu yang dikesan di negeri ini setakat jam 12 tengah hari tadi.

Semalam JKNT telah melaporkan Kluster Tanjung Gelam dan Kluster Tok Molor sebagai kluster baharu di Terengganu, dua kluster itu merupakan kluster komuniti.

Sementara itu, JKNT berkata, Terengganu merekodkan 93 kes positif hari ini dan Kemaman menjadi penyumbang tertinggi dengan 41 kes, diikuti Marang (18), Dungun dan Kuala Terengganu (12) dan Kuala Nerus (8) dan Besut (2).

“Hulu Terengganu dan Setiu tiada sebarang kes,” ujar kenyataan itu.

 


Tag: