• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Empat Menteri Besar PN Bertemu Dua Tokoh Negarawan

KUALA TERENGGANU, 3 September - Empat Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan pertemuan dengan dua tokoh negarawan baru-baru ini.

Tokoh negarawan tersebut merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pertemuan tersebut diadakan di kediaman Tun Dr Mahathir pada jam 5.30 petang, Sabtu.

Kesemua Menteri Besar tersebut terdiri daripada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Ahmad Samsuri berkata pertemuan tersebut bertujuan bagi memperkukuhkan kerjasama empat negeri ini.

"Di samping, meningkatkan lagi tahap sosioekonomi, peningkatan hasil negeri dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di laman Facebook Rasmi miliknya pada hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilihat menyokong parti berkenaan ketika kempen pilihan raya Umum (PRU) Negeri yang telah berlangsung 12 Ogos lalu.

Beliau meminta kepada pengundi untuk memberikan sokongan dan kemenangan kepada PN.

Untuk rekod, PN berjaya mempertahankan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu pada (PRU) Negeri baru-baru ini.

 


Tag: