• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Empat 'Muka Baharu' Dilantik Exco Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos- Empat 'muka baharu' diketengahkan bagi memperkukuh barisan pentadbiran negeri Terengganu bagi penggal kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat; Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Penerangan PAS Terengganu yang memenang kerusi DUN Tepoh; Hishamuddin Abdul Karim antara dua yang dilantik.

Selain itu, Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu sekaligus ADUN Ajil; Maliaman Kassim serta ADUN Kijal, Dato' Razali Idris yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut menerima lantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Pelantikan tersebut melengkapkan senarai MMKN bersama enam exco lama dalam barisan kepimpinan baharu yang dilantik, hari ini.

Exco- exco yang dikekalkan ialah Dato' Mohd Satiful Bahri Mamat, Wan Sukairi Wan Abdullah, Ariffin Deraman,,Dr Azman Ibrahim, Hanafiah Mat dan Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.

Barisan exco yang dilantik turut melafaz sumpah jawatan di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin setelah dipersembahkan oleh Menteri Besar Terengganu yang baru dilantik, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

 


Tag: