• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Empat Nelayan Terima Sumbangan


Oleh: Aslam Wira

MARANG - Empat nelayan yang hilang punca pencarian selepas bot gentian kaca milik mereka pecah dan rosak akibat ribut pada 7 September lalu menerima bantuan kewangan.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Wahab Osman berkata, bantuan tersebut adalah daripada Pejabat Menteri Besar Terengganu.

"Ianya bagi meringankan beban keempat-empat nelayan tersebut yang kehilangan punca rezeki.

"Sumbangan tersebut adalah sebagai sedikit insentif untuk membantu mereka.

"Sumbangan itu tanda keprihatinan walaupun tidak dapat menampung sepenuhnya kerugian yang dialami oleh mereka," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu penyerahan sumbangan di Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang, baru-baru ini (10 Oktober).

Bot yang digunakan mereka untuk keluar menangkap ikan di laut telah rosak dihanyut ombak ketika ribut melanda Kampung Baru Kelulut pada September lalu.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Baru Bukit Kecil, Encik Zulkifli Mohamad.

Tag: