• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

EPIC Catat Peningkatan Perolehan Kepada RM343.1 Juta

KUALA TERENGGANU, 21 Jun - Anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) mencatatkan perolehan sebanyak RM343.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, peningkatan 17 peratus berbanding RM292.2 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

EPIC dalan satu kenyataan berkata, perolehan paling tinggi  sebanyak RM179.1 juta (52 peratus ) adalah daripada perkhidmatan pangkalan bekalan

Selain itu katanya,perolehan juga dijana oleh perkhidmatan kejuruteraan sebanyak RM93 juta (27 peratus); operasi pelabuhan sebanyak RM60 juta (18 peratus); dan segmen tenaga solar sebanyak RM11 juta (tiga peratus).

“EPIC Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan bersih selepas cukai (PAT) kepada RM3.9 juta berbanding RM2.8 juta pada tahun sebelumnya.“Pertumbuhan perolehan direkodkan adalah sumbangan pencapaian yang memberangsangkan oleh Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB) yang mencatatkan perolehan yang tinggi berikutan peningkatan aktiviti minyak dan gas di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB).,”menurut kenyataan itu.

Terdahulu, EPIC Berhad mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke 42 syarikat yang dipengerusikan oleh  , Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merangkap Pengerusi EPIC Berhad. Semua resolusi telah diluluskan oleh pemegang saham yang hadir.

Justeru itu, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023,, Kumpulan EPIC mensasarkan perolehan sebanyak RM387.2 juta, 13 peratus  lebih tinggi berbanding tahun 2022.

 “Dengan sasaran perolehan yang lebih tinggi, peningkatan keuntungan sebelum cukai (PBT) dianggarkan naik 14 peratus, daripada RM21.7 juta kepada RM24.7 juta, manakala PAT pula dianggarkan meningkat lebih daripada 2 kali ganda atau lebih daripada 100 peratus kepada RM9.3 juta berbanding rekod RM3.9 juta bagi TK2022. 

“Dalam masa yang sama, PBKSB dijangka mencatatkan perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi berikutan peningkatan dalam aktiviti onshore dan offshore serta peningkatan dalam kadar sewaan fasiliti hartanah,” menurut kenyataan itu lagi.

Tambahnya, pemasangan dua kren gantri (gantry cranes) di Dermaga Timur atau East Wharf yang bakal dijalankan pada hujung tahun 2023 akan meningkatkan jumlah pengendalian kargo bagi operasi pelabuhan oleh Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPKSB). 

“EPIC Berhad kekal komited untuk mengikuti rancangan perniagaan strategik syarikat sambil memanfaatkan peluang kerjasama perniagaan bersama pemain-pemain industri yang muncul daripada pemulihan aktiviti sektor minyak dan gas, selain daripada pelaburan berpotensi bagi memajak tanah milik syarikat di kawasan perindustrian Teluk Kalong serta memanfaatkan kemudahan di Pelabuhan Kemaman,” katanya.