• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

ESKPO TERENGGANU 2018: Chicken Cottage Lakukan Promosi Agresif

'Food truck' yang digunakan oleh Chicken Cottage dalam mempekenalkan produk mereka kepada orang ramai. Foto oleh Zulkifli CW Putra.

Chicken Cottage di bawah kelolaan Kumpulan Terengganu Incorporated (TI Group) bakal mengadakan promosi secara lebih agresif sepanjang tahun ini bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang produk yang dihasilkan oleh mereka.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TI Group, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata sebagai langkah permulaan, sebanyak dua buah 'food truck' telah mula diperkenalkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman semalam.

Wan Ahmad Rudirman berkata 'food truck' tersebut akan diletakkan di ekspo sepanjang ianya berlangsung.

"Selepas pada itu, 'food truck' ini akan melakukan jelajah di kampung-kampung supaya semua rakyat dapat menikmati hidangan yang disediakan oleh Chicken Cottage.

"Ianya adalah selaras dengan apa yang diwark-warkan oleh Dato' Seri Ahmad Razif agar GLC memulakan langkah dengan menawarkan perkhidmatan kepada rakyat," katanya kepada Teganukita.

Tambahnya, sebagai langkah promosi juga, Terengganu Inc telah mengagihkan 200,000 keping baucer Chicken Cottage kepada pengunjung bertuah.

Katanya, baucer tersebut sah sehingga tiga bulan bermula dari 25 Februari dan ianya juga boleh digunakan di cawangan Chicken Cottage yang terletak di Ladang, Kuala Terengganu.

Selain itu, produk Terengganu Kitchen (T-Kitchen) yang juga bernaung di bawah TI Group, Nasi Dagang Sejuk Beku turut mendapat sambutan memberangsangkan.

Wan Ahmad Rudirman berkata,dalam tempoh dua bulan, sebanyak 20,000 paket nasi dagang tersebut telah dieksport ke luar negara.

"Kita mempunyai permintaan yang tinggi di London dan kerana itu pihak kami akan terus mengeksport nasi dagang ini ke bandar-bandar utama dalam negara tersebut," katanya.

Tag: