• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Fasa Peralihan Endemik Hasil Dari Kesabaran

KUALA TERENGGANU, 13 April- Setelah dua tahun rakyat berhadapan pandemik Covid-19, hasil daripada kesabaran rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP), negara kini memasuki fasa Peralihan Endemik.

Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar Terengganu, Ahmad Kamal Ali berkata musibah yang menguji kesabaran rakyat itu banyak mendidik diri untuk bersabar.

"Kebetulan pula, kelonggaran SOP bersamaan kehadiran bulan Ramadan, iaitu bulan mendidik seseorang itu bersabar," katanya.

Ahmad Kamal berkata demikian ketika berucap di Majlis Kempen Keluarga Malaysia, Pembudayaan Norma Baharu Fasa Peralihan Endemik Negara Dan Vaksin COVID-19  di perkarangan Surau Bukit Kecil, semalam.

Majlis anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu itu diadakan gimik pelancaran kempen dengan mengenakan 'vest' kepada lima orang wakil komuniti. Kempen tersebut turut dihadiri Wakil Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Zakaria Abdul Rahman dan Wakil Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Saharudin Mamat. 

Menurut Ahmad Kamal, ketakwaan seseorang tidak dapat dilihat kecuali dengan amalan yang dilakukan seseorang. 

"Dia ada sifat sabar dalam berhadapan pelbagai masalah dan pemurah, suka menderma," katanya.

Majlis diakhiri dengan acara berbuka puasa dan solat maghrib secara berjemaah di Surau Flat Bukit Kecil.


Tag: