• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Festival Pantai Batu Buruk 12-16 September Ini

Ariffin (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran Festival Batu Buruk, di Pejabat Daerah Besut, hari ini.

BESUT, 29 Ogos - Kerajaan Negeri akan menganjurkan Karnival Pantai Terengganu 2019 dengan tema  "Tradisi Diwarisi" di Pantai Buruk Kuala Terengganu  pada 12 hingga 16 September ini.

Gimik pelancaran festival itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman di Pejabat Tanah dan Daerah Besut di sini hari ini.

Ustaz Ariffin ketika ditemui berkata, pelbagai acara menarik akan diadakan termasuk acara kebudayaan dan  permainan tradisional.

Katanya, antara acara diatur sempena festival itu ialah Malam Kesenian Islam, Terengganu Beach Sales Extravaganza, Demo dan Pertandingan Silat, Gasing dan Permainan Tradisional, Bicara Wanita dan Santai Artis Hijrah, Kuliah Magrib dan Forum Perdana, Pertandingan WeFie, Bangsal dan lain-lain.



Festival berkenaan diadakan setiap tahun di pantai peranginan tersebut dihadiri oleh pelancong asing, rakyat berbilang kaum dari Kelantan, Pahang dan negeri Terengganu sendiri.

Dijangka tidak kurang 10,000 pengunjung hadir di festival itu.

Festival berkenaan bertujuan mempromosikan Terengganu sebagai negeri maju, berkat dan sejahtera di samping mendedahkan negeri itu mempunyai produk makanan tradisional yang berbeza dari segi rasanya berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Orang ramai diminta hadir beramai-ramai bagi menjayakan festival tersebut.


Tag: